Friday, 27 April 2012

SENTIASA AWASI LIDAH KITA

     Dalam Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan stau perkara yg sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul drpd watak yg rendah dan jiwa yg hina. Kerana itu ada pendapat mengatakan "Bahasa Jiwa Bangsa" dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa : "Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tak suka kpd kata kotor atau yg menyebabkan timbulnya kata kotor dr org lain." Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali.
     Oleh itu, sentiasalah awasi lidah anda. Untuk mengawasi lidah, awasi dahulu permikiran/minda kita dr sifat kotor/negatif kerana apa yg kita ucapkan, apa yg kita lakukan adalah berpunca dari pemikiran kita. Kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah SAW sbg contoh yg terbaik. Baginda tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dgn musuhnya. Sebaliknya baginda membalas dgn senyuman dan menasihati secara berkhemah dan tak menyakiti/melukai perasaan org lain. Sekian.

Ditulis semula dari : Risalah Masjid Kota Damansara 27/04/2012